TAGLINE

TAGLINE

Wednesday, May 22, 2013

Pertanyaan Anda Mengenai Perniagaan?


Soalan:-

Salam,

Saya memiliki sebuah syarikat Ent tetapi berkongsi dengan partner sy. Partner saya merupakan investor (modal 100%) dan saya yang bekerja. Sekarang beliau hendak menarik diri dari syarikat. Perlukah syarikat membayar penuh semua modal yang diberikan berserta sebarang komisyen (jika ada)?
Terima kasih

Jawapan:-

Kami melihat perkara ini dari segi:-

  1. Pemilikan tunggal
  2. Perkongsian

1.   Pemilikan Tunggal

Pemilikan tunggal adalah bentuk perniagaan yang paling mudah. Ia dimiliki oleh seorang pemilik tetapi tidak semestinya dijalankan oleh pemilik seorang. Malah, perniagaan Pemilikan Tunggal boleh menggaji ramai kakitangan.

Sebagai pemilik tunggal, pemilik adalah ketua dimana beliau mempunyai kebebasan mutlak dalam membuat keputusan.

2.   Perkongsian

Pada asasnya, sesuatu perkongsian diwujudkan oleh mereka yang menjadi ahli-ahli perkongsian. Dasar asas perkongsian ialah seseorang ahli perkongsian tidak boleh dilucutkan daripada menjadi ahli kecuali ada peruntukan tertentu.
Jika seseorang ahli perkongsian menarik diri daripada menjadi ahli perkongsian tersebut, maka kesannya perkongsian itu hendaklah dibubarkan. Sekiranya berlaku, segala hutang-piutang perlu dibayar balik dan wang yang patut diterima oleh perkongsian tersebut perlulah dikutip terlebih dahulu.

Selepas itu jika terdapat baki wang atau aset yang ada tanpa apa-apa tanggungan, ia hendaklah dibahagikan antara ahli-ahli perkongsian mengikut bahagian mereka.
Keadaan ini akan merugikan mereka yang masih ingin meneruskan perniagaannya dan mungkin juga orang yang menarik diri.

Masalah ini boleh diatasi dengan mengadakan satu perjanjian bertulis yang memperuntukkan langkah-langkah yang perlu diambil jika seorang atau lebih dari satu ahli perkongsian ingin menarik diri.

Oleh yang demikian, keputusan sama ada syarikat perlu membayar penuh semua modal yang diberikan berserta sebarang komisyen atau tidak, bergantung kepada budi bicara dan perbincangan bersama rakan kongsi.

Pemulangan modal bererti perkongsian secara kefahaman akan dibubarkan. Oleh yang demikian, pengganti diperlukan di dalam entiti perkongsian tersebut.

Cara yang terbaik adalah pihak Tuan merujuk kepada pihak SSM bagi mendapatkan keputusan yang terbaik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...