TAGLINE

TAGLINE

Wednesday, August 23, 2017

SSM kutip RM10 juta kompaun



PETALING JAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengutip lebih RM10 juta bayaran kompaun daripada syarikat-syarikat yang gagal mematuhi Akta Syarikat tahun lalu.
Antara kesalahan yang direkodkan ialah tidak mengemukakan laporan tahunan syarikat dan laporan kewangan.
Menurut Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, jumlah kesalahan itu melibatkan kira-kira 70,000 buah syarikat daripada keseluruhan 6.6 juta syarikat yang berdaftar dengan SSM.
"Angka ini walaupun tidak besar tetapi masih menunjukkan ada syarikat yang beroperasi tetapi tidak mematuhi akta yang ditetapkan.
"Walaupun kutipan kompaun ini memberi pendapatan kepada kerajaan tetapi ia merupakan kerugian kepada syarikat berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Persidangan Kebangsaan SSM 2017 di sini semalam.
Sumber: Harian Metro
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...