TAGLINE

TAGLINE

Wednesday, May 22, 2013

Pertanyaan Anda Mengenai Perniagaan?


Soalan:-

Salam,

Saya memiliki sebuah syarikat Ent tetapi berkongsi dengan partner sy. Partner saya merupakan investor (modal 100%) dan saya yang bekerja. Sekarang beliau hendak menarik diri dari syarikat. Perlukah syarikat membayar penuh semua modal yang diberikan berserta sebarang komisyen (jika ada)?
Terima kasih

Jawapan:-

Kami melihat perkara ini dari segi:-

  1. Pemilikan tunggal
  2. Perkongsian

1.   Pemilikan Tunggal

Pemilikan tunggal adalah bentuk perniagaan yang paling mudah. Ia dimiliki oleh seorang pemilik tetapi tidak semestinya dijalankan oleh pemilik seorang. Malah, perniagaan Pemilikan Tunggal boleh menggaji ramai kakitangan.

Sebagai pemilik tunggal, pemilik adalah ketua dimana beliau mempunyai kebebasan mutlak dalam membuat keputusan.

2.   Perkongsian

Pada asasnya, sesuatu perkongsian diwujudkan oleh mereka yang menjadi ahli-ahli perkongsian. Dasar asas perkongsian ialah seseorang ahli perkongsian tidak boleh dilucutkan daripada menjadi ahli kecuali ada peruntukan tertentu.
Jika seseorang ahli perkongsian menarik diri daripada menjadi ahli perkongsian tersebut, maka kesannya perkongsian itu hendaklah dibubarkan. Sekiranya berlaku, segala hutang-piutang perlu dibayar balik dan wang yang patut diterima oleh perkongsian tersebut perlulah dikutip terlebih dahulu.

Selepas itu jika terdapat baki wang atau aset yang ada tanpa apa-apa tanggungan, ia hendaklah dibahagikan antara ahli-ahli perkongsian mengikut bahagian mereka.
Keadaan ini akan merugikan mereka yang masih ingin meneruskan perniagaannya dan mungkin juga orang yang menarik diri.

Masalah ini boleh diatasi dengan mengadakan satu perjanjian bertulis yang memperuntukkan langkah-langkah yang perlu diambil jika seorang atau lebih dari satu ahli perkongsian ingin menarik diri.

Oleh yang demikian, keputusan sama ada syarikat perlu membayar penuh semua modal yang diberikan berserta sebarang komisyen atau tidak, bergantung kepada budi bicara dan perbincangan bersama rakan kongsi.

Pemulangan modal bererti perkongsian secara kefahaman akan dibubarkan. Oleh yang demikian, pengganti diperlukan di dalam entiti perkongsian tersebut.

Cara yang terbaik adalah pihak Tuan merujuk kepada pihak SSM bagi mendapatkan keputusan yang terbaik.

Sunday, March 24, 2013

Pertukaran Setiausaha Syarikat



Pertukaran Setiausaha Syarikat


Dalam isu pertukaran Setiausaha Syarikat, Ahli Lembaga Pengarah Syarikat berkuasa bagi menentukan samaada ingin mengekalkan Setiausaha yang ada atau ingin melantik Setiausaha Syarikat yang baru. Pada kebiasaannya, perkara ini tidak mendatangkan apa-apa masalah sekiranya proses pertukaran ini berjalan mengikut prosedur yang ditetapkan. Pemecatan Setiausaha Syarikat perlu diikuti dengan perlantikan Setiausaha Syarikat yang baru. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan:

a)    Ahli Lembaga Pengarah Syarikat perlu meluluskan Resolusi Pengarah Syarikat bagi pemecatan   Setiausaha Syarikat dan perlantikan Setiausaha Syarikat baru.
b)  Menghantar surat pemecatan dan perlantikan jawatan kepada Setiausaha-Setiausaha Syarikat berkenaan.
c)  Menyerah simpan Borang 49 (maklumat Pengarah, Pengurus dan Setiausaha) dalam tempoh sebulan.
d)    Mengemaskini daftar Pengarah, Pengurus dan Setiausaha.

Kesemua perkara diatas, biasanya akan diuruskan oleh Setiausaha Syarikat yang baru. Setiausaha Syarikat yang baru akan memastikan prosedur-prosedur ini berjalan dengan lancar. Setiausaha syarikat yang baru akan menyediakan dokumen seperti di atas dan kemudiannya:

a)    Menyerahsimpan Borang 49 kepada pihak SSM.
b)    Seterusnya, Setiausaha yang lama akan mengeluarkan penyata akaun (sekiranya ada) bagi hutang yang masih tertunggak.
c)    Hendaklah dimaklumkan bahawa pertukaran dokumen Syarikat anda kepada Setiausaha Syarikat yang baru hanya dapat dilakukan sekiranya hutang yang tertunggak telah dapat dijelaskan.
d)    Akhir sekali, Setiausaha Syarikat yang baru akan emel/fax satu salinan Borang 49 dan ‘cover letter’ serahsimpan daripada pihak SSM kepada Setiausaha Syarikat yang lama.

Kos Setiausaha Syarikat


Pada kebiasaannya, kos bagi Setiausaha Syarikat adalah seperti di bawah:

1. Yuran Bulanan


BIL
PERKARA
JUMLAH(RM)
a.
Yuran Setiausaha bulanan
60.00 (sebulan)


2. Penyata Tahunan, Mesyuarat Agung Tahunan dan Yuran SSM




BIL
PERKARA
JUMLAH(RM)
a.
Penyata Tahunan dan Yuran kepada SSM

a)     Penyata Tahunan
b)     Mesyuarat Agung Tahunan
c)     Yuran SSM
d)     Disbursement



120.00
100.00
150.00
  80.00


450.00


Tetapi, sekiranya berlaku apa-apa pindaan seperti penukaran Pengarah, pemindahan saham dan yang lain-lain, bayaran akan dikenakan adalah secara berasingan berdasarkan kerja-kerja dan yuran daripada pihak SSM.

Tuesday, February 12, 2013

Penyiasatan Status Genneva Malaysia Sdn. Bhd




Berikutan serbuan baru-baru ini mengenai beberapa syarikat yang disyaki mengendalikan skim pelaburan haram menggunakan emas, agensi penguatkuasa ingin untuk menyediakan kemas kini berikut, khususnya berkaitan dengan siasatan ke atas Genneva Malaysia Sdn Bhd


Perakaunan forensik Awal telah menemui kerugian besar yang dialami oleh syarikat itu pada tahun 2012 dan syarikat mempunyai liabiliti melebihi 10 kali asetnya. Operasi sebenar syarikat dengan menjual emas pada kira-kira 20% hingga 25% lebih tinggi daripada harga pasaran, membayar pulangan kira-kira 2% hingga 3% sebulan kepada pelanggan dan membeli balik emas daripada pelanggan pada harga belian awal bukan sesuatu yang munasabah. Dalam hal ini, aliran tunai bagi syarikat itu untuk mengekalkan operasi telah bergantung sepenuhnya pada wang yang dikutip daripada pelanggan baru.

Dokumen yang dirampas mendedahkan bahawa lebih daripada 8,000 pelanggan syarikat yang telah dibayar bagi pembelian emas masih belum menerima emas mereka yang berjumlah lebih daripada 4,000 kilogram. Di samping itu, rekod juga menunjukkan bahawa terdapat pelanggan yang telah menyerahkan emas mereka kepada syarikat tetapi masih belum menerima pembayaran tunai dari syarikat yang berjumlah lebih daripada RM80 juta.

Pelbagai agensi penguatkuasaan telah menerima banyak rayuan dari pihak yang terlibat berkenaan Genneva Malaysia Sdn Bhd, bagi melepaskan wang yang dibekukan (RM99.8 juta) dan emas yang disita (126 kilogram) dicagarkan sebagai bukti kesalahan yang disyaki. Wang itu dan emas yang diperlukan untuk siasatan dan hanya akan diuruskan dengan pada arahan mahkamah. Orang ramai dinasihatkan untuk merujuk kepada laman web Bank Negara Malaysia untuk maklumat lanjut. Maklumat lanjut akan disediakan sebagai siasatan berlangsung. Setiap usaha sedang dibuat untuk mempercepatkan siasatan untuk membuat kesimpulan awal sehubungan dengan perkara itu.

Kenyataan bersama oleh:
Bank Negara Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia

3 Disember 2012

Berhati-hati Dengan Pelaburan Tidak Sah

EN MOHD NAIM DARUWISH
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

1. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ingin merujuk kepada siaran media elektronik dan cetak berhubung isu sindiket penipuan skim pelaburan beras anjuran seorang lelaki tempatan di Kuching, Sarawak sejak dua bulan lalu yang tersiar hari ini.

2. SSM menasihatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati sebelum menyertai sebarang skim pelaburan yang menjanjikan kadar pulangan yang tinggi dalam tempoh masa yang singkat.

3. SSM memandang serius tentang perkara ini dan sekali lagi ingin mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya apabila ditawarkan untuk melabur dalam skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi bagi mengelakkan ditipu dan mengalami kerugian. Sekiranya pelaburan tersebut tersebut bersifat skim kepentingan, pastikan skim tersebut didaftar dan diluluskan oleh SSM.

4. Sekiranya skim tersebut mempunyai ciri-ciri atau unsur skim kepentingan yang ditadbir oleh SSM, orang ramai boleh membuat semakan atau mendapatkan maklumat lanjut mengenainya bagi memastikan skim tersebut didaftar dan diluluskan oleh SSM sama ada datang secara peribadi ke pejabat SSM yang berdekatan, menghubungi talian Hotline 03-2299 5500 atau melalui e-mel enquiry@ssm.com.my  atau mengunjungi laman web www.ssm.com.my.

DIKELUARKAN OLEH : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
TARIKH : 18 DISEMBER 2012

Wednesday, November 28, 2012

Kenyataan Akhbar Berhubung Keperluan Menyerah Simpan Penyata Tahunan Dan Penyata Kewangan Beraudit Bagi Tahun 2011 Dengan Pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia


Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ingin memaklumkan sehingga 29 Februari 2012, sebanyak 32,789 syarikat telah dikenalpasti masih gagal menyerahsimpan penyata tahunan dan penyata kewangan beraudit dalam tempoh yang ditetapkan bagi tahun 2011 berdasarkan kepada rekod serahsimpan dokumen-dokumen yang sama bagi syarikat-syarikat tersebut untuk dua (2) tahun terakhir.

Menurut seksyen 165 Akta Syarikat 1965, setiap syarikat dan pegawai-pegawai syarikat iaitu pengarah dan setiausaha syarikat perlu memastikan penyata tahunan dan penyata kewangan beraudit syarikat diserahsimpan di SSM pada setiap tahun dalam tempoh 30 hari selepas tarikh mesyuarat agung tahunan diadakan melainkan syarikat telah memohon lanjutan masa dan telah diluluskan oleh Pendaftar Syarikat untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan dan membentangkan Penyata Kewangan beraudit melepasi tahun kalendar yang berkaitan.

Sehubungan itu, SSM memberi peringatan kepada mana-mana syarikat yang masih gagal mematuhi kehendak undang-undang tersebut untuk mematuhi keperluan serahsimpan penyata tahunan dan penyata kewangan tersebut dengan pihak SSM.

Bagi mana-mana syarikat yang tidak aktif atau beroperasi, pengarah atau pemegang saham syarikat dinasihatkan mengambil tindakan menggulungkan syarikat secara sukarela di bawah seksyen 254 AS’65 atau membuat permohonan pembatalan nama syarikat kepada Pendaftar Syarikat di bawah seksyen 308 Akta yang sama bagi mengelakkan tindakan undang-undang diambil atas kegagalan menyerahsimpan penyata tahunan dan penyata kewangan beraudit di masa akan datang.

Pengarah-pengarah syarikat juga dinasihatkan menghubungi setiausaha syarikat bagi tujuan pematuhan terhadap arahan ini atau hubungi SSM untuk semakan status serahsimpan penyata tahunan dan penyata kewangan beraudit syarikat di talian 03-2299 5334 (Ibupejabat) atau  email ke ar_compliance@ssm.com.my atau hubungi mana-mana pejabat SSM yang berhampiran.

DIKELUARKAN OLEH : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
TARIKH : 9 APRIL 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...