TAGLINE
Friday, October 3, 2014
Friday, August 15, 2014
BAYAR CUKAI GUNA MYCOID
Petaling Jaya: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
menyarankan agar lebih banyak pihak menggunakan inisiatif Nombor Identiti
Korporat Malaysia (myCoID) dalam urusan pembayaran cukai kerana ia memudahkan
individu memulakan perniagaan berdasarkan piawaian Bank Dunia.
Ketua Pengarahnya Datuk Mohd Razali Hussain berkata,
inisiatif terbabit diperkenalkan pada 2010, namun hanya beberapa agensi saja
melaksanakannya seperti Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
“Kami harap semua pihak akan menggunakan inisiatif ini
seperti dilakukan kebanyakan negara maju bukan saja bagi pembayaran cukai,
malah urusan lain seperti pendaftaran dan penutupan syarikat,” katanya pada
Bisnes Metro, di sini., baru-baru ini.
MyCoID merujuk kepada nombor syarikat digunakan sebagai satu
siri nombor rujukan tunggal untuk kegunaan pelbagai pendaftaran dan urusan
dengan agensi kerajaan berkaitan.
Beliau berkata, kebanyakan urusan perniagaan pada masa ini
menggunakan kod berasingan bagi setiap urusan dan ia dilihat mengekang
pertumbuhan produktiviti setiap perniagaan di negara ini.
“Kami lihat apabila pelaksanaan inisiatif ini dilakukan
secara menyeluruh, maka setiap peniaga mendapat kemudahan terbaik dalam
menjalankan perniagaan sekali gus memperbaiki kedudukan negara dalam Laporan
Menjalankan Perniagaan Bank Dunia bagi tahun depan,” katanya.
Laporan 2014 itu menyaksikan Malaysia menduduki tangga keenam
daripada 189 negara iaitu peningkatan sebanyak 12 anak tangga berbanding tahun
sebelumnya.
Negara mencatatkan peningkatan dalam enam daripada 10
petunjuk, namun mengalami penurunan bagi dua petunjuk dengan pembayaran cukai
adalah petunjuk mencatatkan penurunan paling ketara iaitu daripada kedudukan 15
ke 36.
Razali berkata, MPC memiliki pasukan yang memberi fokus
mengenai langkah meningkatkan petunjuk terbabit yang perbincangan lanjut
dilakukan dengan sektor awam dan sektor swasta bagi menjadikan negara lebih
kompetitif seperti Hong Kong dalam aspek pembayaran cukai.
“Laporan ini menunjukkan usahawan Malaysia perlu melakukan
urusan membayar cukai lebih daripada tiga kali berbanding Hong Kong dalam satu
kategori.
Kerjasama antara kedua sektor amat penting dalam
meningkatkan produktiviti dan daya saing menjalankan perniagaan di negara ini,”
katanya.
“Langkah terbabit juga perlu dilaksanakan memandangkan
purata cukai keseluruhan menunjukkan peningkatan daripada 24.5 peratus pada
tahun lalu kepada 36.3 peratus dan ia agak tinggi berbanding negara ASEAN
lain,” katanya.
Beliau berkata, pelaksanaan peningkatan cukai keuntungan
hartanah (RGPT) dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang di laksanakan
pihak kerajaan dilihat amat membantu dalam memastikan sistem pembayaran cukai
lebih teratur dan produktif.
“Saya yakin polisi kerajaan mengenai pelaksanaan cukai pada
masa ini akan memberi impak positif kepada negara dalam Laporan Menjalankan
Perniagaan 2015 sekali gus turut membaiki sistem pembayaran cukai di Malaysia,”
katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/25 ( Harian Metro, Sofyan Rizal Ishak )
Tuesday, July 22, 2014
Pengarah Syarikat
From : 'xxx'
To : radziandco@gmail.com
Sent : Saturday, July 5, 2014 8:18 PM
Salam sejahtera En. Radzi,
Saya ingin bertanya, contoh: saya ditawarkan pekerjaan (jawatan bergaji biasa) oleh Syarikat lain tetapi pada masa yang sama masih memegang jawatan sebagai Pengarah Syarikat (ditubuhkan sendiri bersama keluarga). Apakah implikasinya kepada saya dari segi perundangn? ATAU Perlukah saya meletakkan jawatan sebagai Pengarah Syarikat?
Sekian. Terima kasih.
Kelvin
JAWAPAN :
Salam Sejahtera Mr.Kelvin,
Tidak menjadi kesalahan dari segi Akta Syarikat untuk menjawat jawatan bergaji biasa di Syarikat lain dalam masa yang sama menjadi Pengarah Syarikat yang lain. Hal ini kerana, sebagai seorang pekerja, tiada kuasa yang boleh dikaitkan dengan apa-apa jawatan atau tugasan yang mempunyai kepentingan-kepentingan yang mungkin bercanggah dengan tugas dan kepentingan sebagai Pengarah Syarikat.
Akan tetapi, individu tersebut adalah dinasihatkan untuk membuat pendedahan secara rasmi kepada Syarikat akan perkara tersebut bagi mengelakkan segala pemasalahan di masa hadapan.
Oleh itu, Tuan tidak perlu untuk meletakkan jawatan sebagai Pengarah Syarikat tersebut kerana ianya tidak memberi implikasi yang negatif kepada jawatan yang disandang.
Diharap jawapan ini dapat membantu.
Sekian, terima kasih.
Membuka Dua Perniagaan
From:"xxx"
To: radziandco@gmail.com
Sent: Tuesday, July 1, 2014 10:43 PM
Subject: Membuka dua perniagaan
Boleh tak buka 2 syarikat dengan
menggunakan satu penama ? sebagai contoh saya ada satu syarikat milikan tunggal
dan saya bercadang untuk menambah satu lagi syarikat perkongsian ? sekian
terima kasih.
JAWAPAN:
Waalaikumussalam
Tuan,
Untuk
makluman Tuan, selain daripada milikan tunggal, Tuan juga boleh menambah satu
lagi perniagaan perkongsian. Hal ini demikian kerana tiada limit yang dikenakan
ke atas pemohon untuk membuka perniagaan lebih daripada satu perniagaan.
Sekian, dimaklumkan.
p/s
: Harap dapat membantu
Terima
kasih.
RADZI
& CO.
Chartered Accountants (M)
Monday, July 14, 2014
Modal Syarikat Sdn. Bhd.
Date: 4 Julai 2014
Subject: Modal Syarikat Sdn Bhd
Salam En.Radzi…Saya xxx dari Langkawi, nak Tanya soalan tentang syarikat Sdn Bhd. Harap dapat membantu..
1. Saya ada baca di blog Encik tentang modal Tunai dan serta setara Tunai. Saya bercadang nak buka travel agency di Langkawi. Saya sedia maklum yang modal berbayar diperlukam untuk travel agency adalah sebanyak RM 200k. Soalan saya, bolehkah RM200K tu diperolehi dari tunai dan aset lain yang mempunyai nilai. Sebagai contoh saya gunakan kereta bernilai RM70K + tunai RM 130K (pemegang saham)= RM 200k sebagai modal berbayar?
2. Jika boleh, bagaimana pula dengan penilaian modal setara tunai (kereta RM70K) bagi tahun-tahun berikutnya disebabkan oleh susut nilai kereta tersebut? Adakah susut nilai modal setara tunai akan menpengaruhi nilai pegangan saham dalam syarikat?
Harap En. Radzi dapat membantu . TQ
Jawapan :-
Salam Tuan,
Terima Kasih kerana mengunjungi blog kami.
Berikut merupakan penjelasan kami berhubung soalan yang diajukkan:-
1. Bolehkah RM 200K tu diperolehi dari tunai dan aset lain yang mempunyai nilai?
Boleh. Untuk makluman Tuan, modal saham Syarikat merujuk kepada jumlah wang atau aset-aset yang disumbangkan kepada Syarikat oleh ahlinya bagi peruntukkan saham. Kebiasaannya, seseorang yang ingin memjadi ahli akan menggunakan wang atau aset mereka sendiri dan menyumbangkan jumlah tersebut kepada Syarikat. Kemudian, wang atau aset –aset disumbangkan itu menjadi kepunyaan Syarikat. Sebagai balasan, ahli diperuntukkan dengan saham-saham dalam Syarikat.
2. Bagaimana pula dengan penilaian modal setara tunai (kereta RM70K) bagi tahun-tahun berikutnya disebabkan oleh susut nilai kereta tersebut? Adakah susut nilai modal setara tunai akan menpengaruhi nilai pegangan saham dalam syarikat?
Tidak. Nilai aset seperti nilai kereta dinilaikan pada saham Syarikat dilanggan/dibayar. Nilai kereta tersebut perlu dinilai secara munasabah dan sewajarnya. Justeru, susut nilai tidak mempengaruhi pegangan saham.
Semoga membantu.
Subscribe to:
Posts (Atom)




