TAGLINE

TAGLINE

Wednesday, November 28, 2012

Kenyataan Akhbar Berhubung Keperluan Menyerah Simpan Penyata Tahunan Dan Penyata Kewangan Beraudit Bagi Tahun 2011 Dengan Pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia


Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ingin memaklumkan sehingga 29 Februari 2012, sebanyak 32,789 syarikat telah dikenalpasti masih gagal menyerahsimpan penyata tahunan dan penyata kewangan beraudit dalam tempoh yang ditetapkan bagi tahun 2011 berdasarkan kepada rekod serahsimpan dokumen-dokumen yang sama bagi syarikat-syarikat tersebut untuk dua (2) tahun terakhir.

Menurut seksyen 165 Akta Syarikat 1965, setiap syarikat dan pegawai-pegawai syarikat iaitu pengarah dan setiausaha syarikat perlu memastikan penyata tahunan dan penyata kewangan beraudit syarikat diserahsimpan di SSM pada setiap tahun dalam tempoh 30 hari selepas tarikh mesyuarat agung tahunan diadakan melainkan syarikat telah memohon lanjutan masa dan telah diluluskan oleh Pendaftar Syarikat untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan dan membentangkan Penyata Kewangan beraudit melepasi tahun kalendar yang berkaitan.

Sehubungan itu, SSM memberi peringatan kepada mana-mana syarikat yang masih gagal mematuhi kehendak undang-undang tersebut untuk mematuhi keperluan serahsimpan penyata tahunan dan penyata kewangan tersebut dengan pihak SSM.

Bagi mana-mana syarikat yang tidak aktif atau beroperasi, pengarah atau pemegang saham syarikat dinasihatkan mengambil tindakan menggulungkan syarikat secara sukarela di bawah seksyen 254 AS’65 atau membuat permohonan pembatalan nama syarikat kepada Pendaftar Syarikat di bawah seksyen 308 Akta yang sama bagi mengelakkan tindakan undang-undang diambil atas kegagalan menyerahsimpan penyata tahunan dan penyata kewangan beraudit di masa akan datang.

Pengarah-pengarah syarikat juga dinasihatkan menghubungi setiausaha syarikat bagi tujuan pematuhan terhadap arahan ini atau hubungi SSM untuk semakan status serahsimpan penyata tahunan dan penyata kewangan beraudit syarikat di talian 03-2299 5334 (Ibupejabat) atau  email ke ar_compliance@ssm.com.my atau hubungi mana-mana pejabat SSM yang berhampiran.

DIKELUARKAN OLEH : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
TARIKH : 9 APRIL 2012

Friday, December 23, 2011

SSM Perkenal Konsep Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT )

SURUHANJAYA Syarikat Malaysia (SSM) memperkenalkan wadah perniagaan baru dikenali sebagai Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) sebagai alternatif kepada usahawan untuk menjalankan perniagaan.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, menerusi PLT yang diluluskan Dewan Negara kelmarin, orang ramai akan mendapat lebih banyak pilihan untuk menjalankan perniagaan dan tidak hanya tertumpu kepada bentuk perniagaan tradisional seperti penubuhan syarikat, milikan tunggal, perkongsian atau firma perkongsian.

Menurutnya, PLT menggabungkan kriteria syarikat dan firma perniagaan yang memberikan perlindungan terhadap liabiliti terhad kepada ahli serta urusan dalaman yang lebih fleksibel. “Usaha yang dilaksanakan ini menjadikan negara lebih berdaya saing dalam menghadapi era globalisasi yang sejajar dengan kehendak kerajaan ke arah memendekkan prosedur, mengurangkan kos pentadbiran dan permintaan pematuhan untuk memudahkan urusan perniagaan golongan komuniti perniagaan.

“Konsep PLT ini akan menyokong perniagaan baru, kecil dan sederhana (IKS) dan golongan profesional mengembangkan perniagaan tanpa perlu bimbang terhadap liabiliti dan aset peribadi serta permintaan pematuhan,” katanya pada majlis Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, di Putrajaya, semalam. Ismail Sabri berkata, pengenalan PLT bertujuan melengkapi pilihan tradisi bentuk perniagaan sedia ada dan perlu dianggap sebagai memberikan golongan peniaga serta pelabur kelonggaran serta kebebasan untuk memilih model perniagaan yang terbaik menepati keperluan berdasarkan kriteria komersial.

Beliau berkata, PLT diperkenalkan di pelbagai negara seperti United Kingdom (UK), Singapura, Amerika Syarikat dan Jepun.


DIKELUARKAN OLEH : myMetro
TARIKH : 23 DISEMBER 2011



Sunday, August 28, 2011

MAHKAMAH : Pengarah Syarikat Isytihar Palsu


Seorang Dato dijatuhi hukuman RM40, 000.00 kerana membuat Penyataan Palsu.


Rabu 2 Ogos 2011: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menyabitkan Dato 'Prem Krishna Sahgal (' Dato 'Prem') kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 364 (2) Akta Syarikat 1965. Dato 'Prem dihukum membayar denda RM40, 000.00 atau  6 bulan penjara.

Kesalahan yang dilakukan oleh Dato 'Prem berhubung dengan akuan berkanun yang dibuat oleh penama, Mohd Farmy Bin Mohd Noordin,pengarah Golden Privilege Sdn Bhd. Akuan berkanun berhubung dengan permohonan itu untuk Pembatalan Nama Syarikat (Strike-Off) menurut Akta di bawah Seksyen 308 (1) Akta Syarikat 1965.

Bukti yang menunjukkan bahawa Dato 'Prem telah mengarahkan Mohd Farmy Bin Mohd Noordin untuk membuat suatu akuan, antara lain bahawa Syarikat itu tidak mempunyai apa-apa aset atau liabiliti material pada masa permohonan dibuat.

Walau bagaimanapun, bertentangan dengan perkara di atas, bukti yang menunjukkan bahawa Syarikat itu memiliki dua plot tanah di Seremban, Negeri Sembilan dan Dato Prem tahu tentang kewujudan kedua-dua plottanah. Oleh itu, pertuduhan di bawah Seksyen 364 (2) Akta Syarikat 1965 terhadap Dato 'Prem.

SSM berharap keputusan di atas akan menghantar satu mesej yang jelas bahawa pegawai-pegawai syarikat-syarikat di Malaysia mempunyai tanggungjawab yang besar dan mereka perlu menunaikan fungsi mereka secara bertanggungjawab dan dengan integriti yang tinggi. SSM akan meneruskan tindakan penguatkuasaan untuk mendorong dan menggalakkan tatalaku yang sepatutnya di kalangan Pengarah, Setiausaha, Pengurus dan Pegawai lain berkaitan perbadanan di Malaysia. 


Encik Steve Chin Yun Cheong mendakwa bagi pihak SSM. 

DIKELUARKAN OLEH : Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 
TARIKH : 2 OGOS 2011

Wednesday, July 13, 2011

Jangkaan 48,000 Syarikat baru 2011

AZMI...sasar lebih 4,000 syarikat tahun ini
AZMI...sasar lebih 4,000 syarikat tahun ini
SURUHANJAYA Syarikat Malaysia (SSM) menyasarkan 48,000 syarikat baru akan berdaftar tahun ini iaitu peningkatan sebanyak 4,000 berbanding 44,000 syarikat yang didaftarkan tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azmi Ariffin berkata, sehingga Mei tahun ini, sebanyak 18,825 syarikat tempatan dan 20 syarikat asing baru diperbadankan.

“Kami menjalin kerjasama perkongsian strategik dengan Telekom Malaysia Bhd (TM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang dijangka dapat menggalakkan pertumbuhan syarikat serta perniagaan di Malaysia,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian kerjasama perkongsian strategik antara SSM dengan BSN dan TM di Kuala Lumpur, semalam.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Azmi berkata, melalui kerjasama strategik dengan TM, pelanggan boleh mendaftar perniagaan dengan melanggan pakej ‘Office In A Box’ serendah RM198 yang menawarkan perkhidmatan suara, jalur lebar, domain e-mel dan perkhidmatan tambah nilai yang disasarkan bagi perniagaan kecil dan sederhana (IKS).

Sementara itu, menerusi perjanjian kerjasama antara SSM dan BSN, BSN dilantik sebagai ejen pendaftaran pembaharuan perniagaan selama tiga tahun. “BSN mempunyai 389 cawangan di seluruh negara yang memberi kemudahan kepada komuniti peniaga yang tinggal di kawasan pedalaman dan jauh dari pejabat SSM untuk memperbaharui sijil pendaftaran perniagaan mereka.

“Walaupun caj tambahan RM3.50 dikenakan, ia dianggap berpatutan berbanding tanggungan kos pengangkutan untuk datang ke pejabat SSM,” katanya yang menjangka perolehan RM300,000 diraih menerusi perkhidmatan itu tahun ini.


DIKELUARKAN OLEH : myMetro
TARIKH : 13 JULY 2011

Wednesday, October 20, 2010

CUKAI & ZAKAT : Pandangan Mohd. Radzi Lasim - CA(M)

... click untuk baca artikel ...


Pandangan dan Cadangan (Mohd. Radzi Lasim .. CA(M))

Mulai tahun 2005, kerajaan telah meluluskan supaya bayaran Zakat Perniagaan dibenarkan sebagai satu potongan cukai untuk. Dengan ini Syarikat boleh menuntut bayaran Zakat Perniagaan sebagai tolakan dibenarkan. Ketika ini, layanan Zakat terutama kepada Zakat Perniagaan oleh sistem percukaian Malaysia agak terhad dan kurang memberi kesan yang maksimum dari segi ekonomi dan pembangunan negara. Pihak kerajaan hanya memberikan potongan 2.5% pelepasan ke atas Pendapatan Terkumpul (Agregate). Layanan Zakat Perniagaan ini adalah sama bagi kes Derma atau Sumbangan Syarikat iaitu pada kadar 2.5%.


Zakat Perniagaan dan Cukai Pendapatan Syarikat :

  • Potongan (Perbelanjaan Dibenarkan) hanya setakat 2.5% daripada Pendapatan Agregate (Pendapatan Terkumpul).
  • Lebihan bayaran zakat yang dibuat adalah tidak dibenarkan potongan. Ianya bermaksud sekiranya bayaran zakat melebihi dari amaun 2.5%, lebihan tersebut tidak dibenarkan sebagai Perbelanjaan Dibenarkan.
  • Lebihan bayaran zakat tidak dibenarkan dibawa ke tahun hadapan.
Cadangan Memantapkan Fungsi Zakat :
  • Potongan (Perbelanjaan Dibenarkan) dinaikkan dengan kadar maksimum. Sebagai contoh mendapat 50% atau lebih daripada Pendapatan Agregate (Terkumpul).
  • Potongan Dibenarkan mendapat 100% pelepasan bagi Syarikat dan dikira sebagai membayar cukai Syarikat. Dengan mengambil-kira konsep pengiraan cukai bagi Individu, di mana zakat individu yang dibayar mendapat pelepasan sepenuhnya. Katakan Cukai Syarikat Yang Kena Bayar adalah RM20,000, tapi disebabkan Zakat yang dibayar adalah RM20,000 ... maka pelepasan sepenuh diberikan dan bukannya ke atas Pendapatan Agergate (Terkumpul).
  • Sekiranya terdapat lebihan dalam bayaran Zakat, lebihan Zakat tersebut akan dibawa ke tahun hadapan (Carried Forward). Jangan dipersiakan lebihan Zakat yang dibayar.

Dengan memberi sedikit kelonggaran akan sistem Zakat dan Cukai ini, saya yakin fungsi Pusat Zakat akan lebih berwibawa dalam membantu orang Islam terutamanya golongan wajib iaitu 8 Asnaf. Pusat Zakat tidak perlu menunggu bantuan kerajaan atau orang ramai, tapi sebaliknya mampu memberi sumbangan yang bermakna terutama didalam konteks membasmi kemiskinan.


Penulis (Mohd. Radzi Lasim) berharap di suatu hari nanti, perubahan seperti di atas tercapai dan insyallah dengan sedikit perubahan dalam sistem cukai negara akan memberi kesan yang ketara kepada orang Islam dan negara amnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...