From:"xxx"
To: mr.radzi@ymail.com
Sent: Wednesday, November 6, 2013 9:48 AM
Subject: GAGAL MENYEDIAKAN LAPORAN TAHUNAN 2012
SOALAN :
Assalamualaikum…diharap pihak tuan dapat dan
membantu mengenai permasalahan yang saya alami.
Saya dan dua rakan saya telah membuka Syarikat
SDN BHD melibatkan perniagaan Komputer dan mempunyai hampir keseluruhan Kod
Bidang Komputer berserta Sijil Bumiputra.
Tarikh Penubuhan Syarikat : Disember 2011
Penandatangan buku bank : Puan Y
Berikut mengenai serba sedikit maklumat pengarah
syarikat dan pemegang saham.
Pemegang Syer Pemegang Saham
Puan Y
|
RM 90,999
|
RM1
|
En X
|
RM4,999
|
RM1
|
En Z
|
RM4,999
|
RM1
|
Keseluruhan Modal yang dibenarkan RM 100,000.
Untuk makluman tuan segala urusan syarikat
seperti berkaitan tender dan urusan perniagaan, invoice, buku bank serta cek
dan semua urusan hanya dilakukan oleh pihak Puan Saleha sahaja.
*Syarikat masih aktif dan mempunyai transaksi
bank puluhan ribu ringgit dari 2012 sehingga hujung 2013 dan bakal memperolehi
keuntungan berganda pada 2014 merujuk daripada maklumat dan risikan daripada
pekerja syarikat ini.
Mengikut tarikh akhir SSM syarikat perlu
menghantar Laporan Tahunan bagi Tahun 2012 mestilah dihantar selewat-lewatnya
sebelum 7 JULAI 2013.Permasalahan yang saya hadapi ialah syarikat ini masih
belum menghantar Laporan tahunan tersebut kepada pihak SSM sehingga kini (6
November 2013).
Saya(En Z) , En X telah berhubung dan Pihak
Syarikat Secetary memohon Puan Y menyediakan Laporan Tahunan sebelum bulan MEI
2013 untuk dibentangkan kepada kami. Amatlah mengecewakan Puan Saleha memberi
alasan belia sedang mencari dan mengumpul segala invoice untuk menyiapkan
Laporan Tahunan sehingga melepasi tarikh akhir menghantar laporan tahunan 2012.
1. *Tidak mengadakan Mesyuarat agong tahunan(AGM)
2012.
2. *Masih gagal menghantar Laporan Tahunan
syarikat 2012.
Setelah diteliti dan difahami kami dan Pihak SC
membuat kesimpulan mengenai Puan Y didapati.
1. *Beliau memberi alasan dan helah untuk
menyembunyikan maklumat syarikat.
2. *Mengelak untuk membuat pembayaran untuk
menyediakan laporan tahunan.
3. *Mengambil kesempatan kerana saya (En Z) dan En
X mempunyai Ijazah Elektronik dan IT untuk mendapatkan Kod bidang Komputer
seterusnya berniaga atas kepentingan sendiri.
Soalan dan mohon pendapat mengenai permasalahan
saya dan jalan terbaik untuk saya (En Z) pilih????
1. Apakah benar perletakan jawatan dalam saya (En
Z) dan En X tidak dibenarkan kerana melepasi tarikh akhir menghantar laporan
tahunan 2012.
2. Apa yang perlu saya (En Z) dan En X lakukan
sekarang untuk mengelakkan kompaun melalui tindakan mahkamah sekiranya masih
gagal menyediakan Laporan Tahunan 2012.
3. Adakah kami (En Z dan En X) layak memanggil
EGM serta keperluan melakukan EGM dan apakah hasil mesyuarat tersebut boleh
diambil tindakan kepada Puan Y sekiranya HADIR atau TIDAK HADIR.(Pemahaman saya
(En Z) EGM hanya boleh dilakukan sekiranya pemegang saham mesti melebihi 10%
dari nilai syer, adakah kami (En Z dan En X) layak memanggil EGM?)
4. Sekiranya kami (En Z dan En X) berminat untuk
meneruskan syarikat ini mengikut akta syarikat, apakah kaedah mudah atau paksa
untuk memastikan Puan Y disingkirkan daripada syarikat ini kerana ia secara
terang-terang tidak betul-betul memahami dan mengendahkan akta syarikat kerana
syarikat ini berpontensi untuk berkembang berdasarkan maklumat dari pekerja
syarikat ini.
Harap pihak tuan dapat membantu….sekian….
JAWAPAN:
Waalaikumsalam, Tuan.
1.
Perletakan jawatan oleh Pengarah Syarikat boleh dilakukan
pada bila-bila masa sahaja ataupun pihak syarikat boleh memecat dan melantik
sesiapa sahaja untuk menjadi Pengarah Syarikat pada bila-bila masa sahaja.
Pengarah Syarikat atas apa-apa alasan boleh meletakkan jawatannya. Perletakan
jawatan bagi Pengarah Syarikat berkuatkuasa pada tarikh Lembaga Pengarah
Syarikat menerima surat perletakan jawatan atau pada tarikh yang dinyatakan
dalam surat atau mengikut peruntukan Artikel Syarikat.
Perletakan jawatan adalah tidak sah jika ianya menyebabkan terdapat kurang
daripada dua (2) orang Pengarah Syarikat yang bermustatutin di Malaysia
[Seksyen 122(6), Akta Syarikat 1965] kecuali jika perletakan jawatan tersebut
adalah disebabkan oleh Pengarah Syarikat tersebut tidak layak memenuhi
kelayakan saham [Seksyen 122(7), Akta Syarikat 1965]. Berdasarkan permasalahan
Tuan, Pengarah Syarikat iaitu Pn.Y perlu mencari pengganti Pengarah sekiranya En.
X dan En. Z ingin meletakkan jawatannya.
2.
Kompaun yang dikenakan akibat kegagalan menyediakan
Laporan Tahunan 2012 tidak boleh dielakkan. Pengarah-pengarah syarikat
bertanggungjawab untuk memastikan semua penyata tersebut diserahsimpan
bersama-sama Laporan Kewangan Beraudit Syarikat bagi setiap tahun kalendar
seperti diperuntukkan oleh seksyen 165 dan 169, Akta Syarikat 1965. Kadar denda
mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh SSM dan bergantung kepada ketidak
patuhan kepada peruntukan yang berkaitan dalam Akta. Berikut adalah jumlah bagi
kompaun yang dikenakan sekiranya Syarikat gagal menyerahsimpan dokumen Penyata
Tahunan dan Laporan Kewangan Beraudit Syarikat:
SEKSYEN
|
AMAUN
BAYARAN KOMPAUN
|
|||
ABC SB
|
En. X
|
Pn. Y
|
En. Z
|
|
Seksyen 143(1)
|
1,000.00
|
1,000.00
|
1,000.00
|
1,000.00
|
Seksyen 165(4)
|
400.00
|
400.00
|
400.00
|
400.00
|
Seksyen 169(1)
|
-
|
3,000.00
|
3,000.00
|
3,000.00
|
JUMLAH
|
1,400.00
|
4,400.00
|
4,400.00
|
4,400.00
|
Walaubagaimanapun, En. X boleh membuat rayuan bagi pengurangan kadar
kompaun yang dikenakan. Kadar pengurangan yang akan diberi adalah bergantung
kepada pihak SSM.
3. Mana-mana Pengarah Syarikat bilamana ia fikirkan sesuai
mengadakan suatu mesyuarat agung luar biasa, dan mesyuarat agung luar biasa
hendaklah diadakan di atas mana-mana tuntutan rasmi yang dibuat atau dengan
keingkaran boleh diadakan melalui mana-mana tuntutan rasmi seperti yang
diperuntukan di bawah Akta.
Berikut merupakan yang layak mengadakan mesyuarat:
(a)
Pengarah
Biasanya, kuasa diberikan kepada pengarah syarikat untuk mengadakan
mesyuarat ahli. Pengarah syarikat juga boleh mengadakan mesyuarat apabila
diminta oleh ahli.
(b)
Ahli
i. Permintaan untuk mengadakan EGM hendaklah dibuat dalam
bentuk tulisan dan ditandatangani oleh ahli-ahli yang memegang
sekurang-kurangnya 10% daripada modal berbayar (Seksyen 144, Akta Syarikat
1965).
ii. Dua atau lebih ahli-ahli memegang tidak kurang dari satu
per sepuluh modal syer diterbitkan (10%) seperti yang diperuntukan oleh Artikel
Syarikat boleh memanggil AGM atau EGM. (Seksyen 145, Akta Syarikat 1965).
Berdasarkan
situasi Tuan, En. X dan En. Z layak untuk memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) kerana
jumlah pegangan saham bagi kedua-duanya melebihi 10%. Setiausaha Syarikat akan
mengeluarkan notis bagi mengadakan EGM. EGM tersebut tetap sah di adakan
sekiranya telah cukup korum seperti yang telah ditetapkan didalam artikel Syarikat.
Kebiasaanya, Artikel 83 menyatakan bahawa, korum yang diperlukan hendaklah dua
orang. Walaupun Pn. Y tidak hadir, mesyuarat
tersebut tetap sah dijalankan.
4. Untuk makluman
Tuan, Pemegang jawatan Pengarah Syarikat merupakan mereka yang mempunyai kuasa
yang diamanahkan dalam mentadbir dan menyelenggara syarikat tersebut. Oleh yang
demikian, Pengarah Syarikat juga boleh meletakkan jawatan
pada bila-bila masa sahaja sebelum sampai tarikh tamat memegang jawatan
tersebut ataupun pihak syarikat boleh memecat dan melantik sesiapa sahaja untuk
menjadi Pengarah Syarikat pada bila-bila masa (Artikel Syarikat, Jadual ke
Empat) .
Berdasarkan
masalah Tuan, Pn. Y didapati telah melanggar tugas dan tanggungjawab beliau
sebagai Pengarah Syarikat. Berikut merupakan antara tanggungjawab Pengarah
Syarikat menurut Akta Syarikat 1965:
i. Tidak menggunakan mana-mana maklumat
atau harga syer dengan tidak betul untuk kepentingan sendiri atau orang
tertentu. (Seksyen 132(2) & 132A, Akta Syarikat 1965)
ii. Mengadakan mesyuarat agung tahunan
(Seksyen 143, Akta Syarikat 1965)
iii. Menyediakan dan menyerahkan kepada
Pendaftar Syarikat Penyata Tahunan (Seksyen 165, Akta Syarikat 1965)
iv. Menyimpan rekod perakaunan dengan sempurna
(Seksyen 167, Akta Syarikat 1965)
v. Membentangkan akaun, kunci kira-kira dan
laporang Pengarah Syarikat dalam AGM (Seksyen 169, Akta Syarikat 1965)
Sementara itu, pemecatan Pn. Y perlulah dilakukan melalui EGM. Oleh yang demikian, Pengarah Syarikat boleh memanggil EGM berdasarkan tuntutan daripada Ahli, dan Pengarah Syarikat boleh memberi arahan kepada Setiausaha Syarikat bagi menyediakan notis bagi mengadakan EGM.
Sekian, dimaklumkan.
p/s : Harap dapat
membantu
Terima kasih.
RADZI & CO.
Chartered
Accountants (M)