Assalamualaikum Encik Radzi,
Saya xxx dari xxxxx Saya ingin bertanya
bagaimana kiranya saya hendak meletakkan jawatan saya sebagai pengarah
sedangkan dalam syarikat tersebut ada 6 pengarah termasuk saya. Saya tiada
apa-apa kepentingan didalam syarikat tersebut dan saya tidak pernah di bayar
elaun pengarah seperti yang dijanjikan. Kini syarikat tidak lagi beroperasi
tetapi belum ditutup.
Pengarah utama tidak beri kerjasama
kepada saya dan banyak mengelak bila saya katakan ingin keluar dari syarikat.
Saya bimbang jika ada masalah lain nama saya terbabit. Ada ke cara untuk saya
keluarkan nama saya dari syarikat tersebut? Saya berharap Encik Radzi dapat
membantu saya bagimana cara terbaik untuk saya lakukan.
Terima kasih
xxx
PENGARAH
Untuk makluman Tuan, perletakan jawatan Pengarah Syarikat boleh dilakukan pada
bila-bila masa dan atas apa-apa alasan sekiranya bilangan
Pengarah Syarikat tidak kurang daripada dua orang pengarah. Maksudnya, Syarikat
perlu ada sekurang-kurangnya dua orang Pengarah (Seksyen 122, Akta Syarikat
1965). Berdasarkan
situasi Tuan, perletakan jawatan tersebut boleh dilakukan kerana Syarikat
mempunyai bilangan Pengarah yang mencukupi dan perkara tersebut berkuatkuasa
pada tarikh Lembaga Pengarah Syarikat menerima surat perletakan jawatan atau
pada tarikh yang dinyatakan dalam surat atau mengikut peruntukan Artikel
Syarikat.
Untuk makluman Tuan juga, tiada peruntukan dalam mana-mana akta
terutamanya dalam Akta Syarikat 1965 menyatakan elaun Pengarah adalah wajib dibayar
kepada Pengarah. Kesimpulannya, Syarikat tidak terikat untuk membayar
elaun Pengarah kepada setiap Pengarah melainkan perkara tersebut telah mendapat
persetujuaan bersama daripada Pemegang Saham.
PEMEGANG
SAHAM
Sekiranya
Tuan adalah Pemegang Saham Syarikat pula, nama Tuan tidak boleh dikeluarkan
selagi Tuan masih belum memindahkan bilangan saham yang Tuan pegang. Oleh itu,
Tuan perlulah memindahkan saham tersebut bagi menarik diri dari Syarikat
tersebut.
Adalah dinasihatkan Tuan untuk merujuk Setiausaha
Syarikat bagi membolehkan Tuan memproses penarikan
diri dari Syarikat tersebut. Hal ini kerana, Setiausaha Syarikat akan bertindak
menyediakan dokumen yang berkaitan. Diharap penjelasan ini dapat membantu.
Sekian,
terima kasih.