TAGLINE

TAGLINE

Friday, August 21, 2009

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB : Saham, Pemegang Saham & Pengarah

PENGENALAN SAHAM
Saham merupakan bukti hak milik ke atas sesuatu syarikat atau perusahaan dalam bentuk perseorangan terbatas.

Saham biasanya merujuk kepada perkongsian hak milik dalam syarikat. Pemilik dan penyokong pembiaya sesuatu syarikat mungkin membuat keputusan untuk menjual syarikat untuk mendapat wang. Bagaimanapun ini biasanya mengakibatkan kehilangan kawalan ke atas syarikat tersebut.

Selain daripada menjual saham, mereka boleh menjual syarikat, atau sebahagian daripadanya, Pembelian satu saham membolehkan pemilik saham untuk berkongsi hak milik dalam syarikat tersebut, termasuk hak untuk sebahagian harta syarikat, sebahagian daripada kuasa membuat keputusan dan peluang untuk sebahagian daripada keuntungan, yang syarikat mungkin berikan sebagai dividen. Bagaimanapun, pemilik asal syarikat sering masih mengekalkan kawalan ke atas syarikat dan boleh menggunakan wang hasil penjualan saham untuk membangunkan syarikat.

Adalah perkara biasa, apabila terdapat lebih dari 2 orang pemegang saham bagi Syarikat Sdn. Bhd. dan manakala bagi Berhad pula mempunyai beribu-ribu pemegang saham. Oleh yang demikian ianya tidak pratikal untuk semua mereka membuat keputusan dalam urusan harian syarikat. Oleh itu, pemegang saham akan menggunakan saham mereka sebagai undi dalam perlantikan ahli lembaga Pengarah sesebuah syarikat.

Walaubagaimanapun, pemilihan adalah dibuat oleh orang dalaman lembaga tersebut atau semua ahli lembaga, dan akhirnya eksekutif atasan akan menjadi ahli lembaga-lembaga yang lain. Setiap saham mewakili satu undian (kecuali dalam satu koperasi dimana setiap ahli mendapat hanya satu undi walaupun dia mungkin memegang lebih daripada satu saham), mereka boleh mengundi keluar sesiapapun. Oleh itu, mereka mempunyai kawalan keatas syarikat tersebut.

Saham merupakan pelaburan yang menunjukkan pemilikan terhadap sesebuah syarikat. Apabila anda membeli saham, anda sebenarnya membeli sebahagian daripada pemilikan syarikat; kadar pemilikan (atau ekuiti) bergantung kepada jumlah saham yang dibeli.

Kuasa Lembaga Pengarah
Pihak berkuasa tertinggi syarikat ialah jemaah pengarahnya. Lembaga Pengarah akan membuat ketetapan ke atas segala dasar yang perlu dijalankan oleh Syarikat. Semua kuasa yang tidak diuntuk atau dikhaskan di dalam undang-undang syarikat (Articles of Association) adalah di dalam tangan Lembaga Pengarah tetapi berpandukan Akta Syarikat 1965 dan mereka bertanggungjawab kepada Mesyuarat Agung ke atas kemajuan syarikat tersebut. Kakitangan syarikat itu adalah menjadi penggerak kepada perniagaan dan merekalah yang menjalankan segala arahan Lembaga Pengarah. Lembaga Pengarah juga berkuasa mengambil dan membuang pekerja-pekerja syarikat itu.

Kuasa Pemegang Saham
Pemegang Saham, tidak mempunyai apa-apa kuasa dalam urusan harian syarikat. Mereka hanya boleh bersuara dalam Mesyuarat Agong sahaja sama ada mesyuarat Agong Luar Biasa atau Mesyuarat Agong Tahunan. Mereka boleh menunjuk kuasa melalui cara pembuangan undi untuk satu-satu resolusi sama ada undi tangan (satu seorang) atau undi sulit (mengikut banyak saham).

Tanggungan Pemegang Saham
Faedahnya perniagaan secara ini adalah dalam perkara tanggungan yang dikenakan kepada ahli-ahlinya. Tanggungan mereka terhad kepada jumlah saham yang dibeli dan sekiranya syarikat itu mengalami kerugian dan perlu dibubarkan, tiap-tiap ahli akan menanggung rugi sebanyak harga saham yang telah dibeli olehnya. Dari segi undang-undang, yang berhutang ialah syarikat tersebut dan bukan ahli-ahlinya.

Tanggungan Syarikat
Sebelum satu-satu kumpulan itu membuat keputusan untuk menubuhkan sesebuah Syarikat Sendirian Berhad, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan. Antaranya :

Mesyuarat Agung Mesyuarat Agung:
Ianya hendaklah diadakan pada tiap-tiap tahun dimana satu penyata kira-kira tahunan perniagaan yang telah diaudit oleh Juruaudit Syarikat, dibentang untuk mendapat kelulusan bersama-sama dengan laporan-laporan pengarah dan juruaudit.

Aspek Pengurusan:
Pengurusan Syarikat hendaklah mengikut kehendak Akta Syarikat 1965. Jika Pengarah-Pengarah serta kakitangan engkar menurut kehendak-kehendak Akta Syarikat kesemua mereka boleh didenda oleh Pendaftar Syarikat atau didakwa di Mahkamah.

1 comment:

  1. macam mana dgn modal saham,kuasa dan isu berkaitan syarikat berhad ni????

    ReplyDelete

FACEBOOK