TAGLINE

TAGLINE

Monday, July 14, 2014

Modal Syarikat Sdn. Bhd.


From: xxx@yahoo.co.uk
Date: 4 Julai 2014
Subject: Modal Syarikat Sdn Bhd

Salam En.Radzi…Saya xxx dari Langkawi, nak Tanya soalan tentang syarikat Sdn Bhd. Harap dapat membantu..

1.    Saya ada baca di blog Encik tentang modal Tunai dan serta setara Tunai. Saya bercadang nak buka travel agency di Langkawi. Saya sedia maklum yang modal berbayar diperlukam untuk travel agency adalah sebanyak RM 200k. Soalan saya, bolehkah RM200K tu diperolehi dari tunai dan aset lain yang mempunyai nilai. Sebagai contoh saya gunakan kereta bernilai RM70K + tunai RM 130K (pemegang saham)= RM 200k sebagai modal berbayar?

2.     Jika boleh, bagaimana pula dengan penilaian modal setara tunai (kereta RM70K) bagi tahun-tahun berikutnya disebabkan oleh susut nilai kereta tersebut? Adakah susut nilai modal setara tunai akan menpengaruhi nilai pegangan saham dalam syarikat?


Harap En. Radzi dapat membantu . TQ

Jawapan :-

Salam Tuan,
Terima Kasih kerana mengunjungi blog kami.

Berikut merupakan penjelasan kami berhubung soalan yang diajukkan:-

1.     Bolehkah RM 200K tu diperolehi dari tunai dan aset lain yang mempunyai nilai?

Boleh. Untuk makluman Tuan, modal saham Syarikat merujuk kepada jumlah wang atau aset-aset yang disumbangkan kepada Syarikat oleh ahlinya bagi peruntukkan saham. Kebiasaannya, seseorang yang ingin memjadi ahli akan menggunakan wang atau aset mereka sendiri dan menyumbangkan jumlah tersebut kepada Syarikat. Kemudian, wang atau aset –aset disumbangkan itu menjadi kepunyaan Syarikat. Sebagai balasan, ahli diperuntukkan dengan saham-saham dalam Syarikat.

2.     Bagaimana pula dengan penilaian modal setara tunai (kereta RM70K) bagi tahun-tahun berikutnya disebabkan oleh susut nilai kereta tersebut? Adakah susut nilai modal setara tunai akan menpengaruhi nilai pegangan saham dalam syarikat?

Tidak. Nilai aset seperti nilai kereta dinilaikan pada saham Syarikat dilanggan/dibayar. Nilai kereta tersebut perlu dinilai secara munasabah dan sewajarnya. Justeru, susut nilai tidak mempengaruhi pegangan saham.

Semoga membantu.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...