TAGLINE

TAGLINE

Sunday, March 24, 2013

Pertukaran Setiausaha Syarikat



Pertukaran Setiausaha Syarikat


Dalam isu pertukaran Setiausaha Syarikat, Ahli Lembaga Pengarah Syarikat berkuasa bagi menentukan samaada ingin mengekalkan Setiausaha yang ada atau ingin melantik Setiausaha Syarikat yang baru. Pada kebiasaannya, perkara ini tidak mendatangkan apa-apa masalah sekiranya proses pertukaran ini berjalan mengikut prosedur yang ditetapkan. Pemecatan Setiausaha Syarikat perlu diikuti dengan perlantikan Setiausaha Syarikat yang baru. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan:

a)    Ahli Lembaga Pengarah Syarikat perlu meluluskan Resolusi Pengarah Syarikat bagi pemecatan   Setiausaha Syarikat dan perlantikan Setiausaha Syarikat baru.
b)  Menghantar surat pemecatan dan perlantikan jawatan kepada Setiausaha-Setiausaha Syarikat berkenaan.
c)  Menyerah simpan Borang 49 (maklumat Pengarah, Pengurus dan Setiausaha) dalam tempoh sebulan.
d)    Mengemaskini daftar Pengarah, Pengurus dan Setiausaha.

Kesemua perkara diatas, biasanya akan diuruskan oleh Setiausaha Syarikat yang baru. Setiausaha Syarikat yang baru akan memastikan prosedur-prosedur ini berjalan dengan lancar. Setiausaha syarikat yang baru akan menyediakan dokumen seperti di atas dan kemudiannya:

a)    Menyerahsimpan Borang 49 kepada pihak SSM.
b)    Seterusnya, Setiausaha yang lama akan mengeluarkan penyata akaun (sekiranya ada) bagi hutang yang masih tertunggak.
c)    Hendaklah dimaklumkan bahawa pertukaran dokumen Syarikat anda kepada Setiausaha Syarikat yang baru hanya dapat dilakukan sekiranya hutang yang tertunggak telah dapat dijelaskan.
d)    Akhir sekali, Setiausaha Syarikat yang baru akan emel/fax satu salinan Borang 49 dan ‘cover letter’ serahsimpan daripada pihak SSM kepada Setiausaha Syarikat yang lama.

Kos Setiausaha Syarikat


Pada kebiasaannya, kos bagi Setiausaha Syarikat adalah seperti di bawah:

1. Yuran Bulanan


BIL
PERKARA
JUMLAH(RM)
a.
Yuran Setiausaha bulanan
60.00 (sebulan)


2. Penyata Tahunan, Mesyuarat Agung Tahunan dan Yuran SSM




BIL
PERKARA
JUMLAH(RM)
a.
Penyata Tahunan dan Yuran kepada SSM

a)     Penyata Tahunan
b)     Mesyuarat Agung Tahunan
c)     Yuran SSM
d)     Disbursement



120.00
100.00
150.00
  80.00


450.00


Tetapi, sekiranya berlaku apa-apa pindaan seperti penukaran Pengarah, pemindahan saham dan yang lain-lain, bayaran akan dikenakan adalah secara berasingan berdasarkan kerja-kerja dan yuran daripada pihak SSM.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...