Soalan:-
Salam,
Saya
memiliki sebuah syarikat Ent tetapi berkongsi dengan partner sy. Partner saya
merupakan investor (modal 100%) dan saya yang bekerja. Sekarang beliau hendak
menarik diri dari syarikat. Perlukah syarikat membayar penuh semua modal yang
diberikan berserta sebarang komisyen (jika ada)?
Terima
kasih
Jawapan:-
Kami
melihat perkara ini dari segi:-
- Pemilikan tunggal
- Perkongsian
1. Pemilikan Tunggal
Pemilikan tunggal adalah bentuk perniagaan yang
paling mudah. Ia dimiliki oleh seorang pemilik tetapi tidak semestinya
dijalankan oleh pemilik seorang. Malah, perniagaan Pemilikan Tunggal boleh
menggaji ramai kakitangan.
Sebagai pemilik tunggal, pemilik adalah ketua dimana
beliau mempunyai kebebasan mutlak dalam membuat keputusan.
2. Perkongsian
Pada asasnya, sesuatu
perkongsian diwujudkan oleh mereka yang menjadi ahli-ahli perkongsian. Dasar
asas perkongsian ialah seseorang ahli perkongsian tidak boleh dilucutkan
daripada menjadi ahli kecuali ada peruntukan tertentu.
Jika seseorang ahli
perkongsian menarik diri daripada menjadi ahli perkongsian tersebut, maka
kesannya perkongsian itu hendaklah dibubarkan. Sekiranya berlaku, segala
hutang-piutang perlu dibayar balik dan wang yang patut diterima oleh
perkongsian tersebut perlulah dikutip terlebih dahulu.
Selepas itu jika
terdapat baki wang atau aset yang ada tanpa apa-apa tanggungan, ia hendaklah
dibahagikan antara ahli-ahli perkongsian mengikut bahagian mereka.
Keadaan ini akan
merugikan mereka yang masih ingin meneruskan perniagaannya dan mungkin juga
orang yang menarik diri.
Masalah ini boleh
diatasi dengan mengadakan satu perjanjian bertulis yang memperuntukkan
langkah-langkah yang perlu diambil jika seorang atau lebih dari satu ahli
perkongsian ingin menarik diri.
Oleh yang demikian, keputusan sama ada syarikat
perlu membayar penuh
semua modal yang diberikan berserta sebarang komisyen atau tidak, bergantung
kepada budi bicara dan perbincangan bersama rakan kongsi.
Pemulangan modal bererti
perkongsian secara kefahaman akan dibubarkan. Oleh yang demikian, pengganti
diperlukan di dalam entiti perkongsian tersebut.
Cara yang terbaik adalah
pihak Tuan merujuk kepada pihak SSM bagi mendapatkan keputusan yang terbaik.