TAGLINE

TAGLINE

Tuesday, July 2, 2013

PERBEZAAN ANTARA MILIKAN TUNGGAL & SENDIRIAN BERHAD (SDN. BHD.)


as salam,

 soalan :
1. sy baru ingin mceburi bidang perniagaan dan bercadang ingin bk company. antara jenis perniagaan yg dirancang: - sewa rumah - homestay - stesyen minyak jadi, ini adlh perancangan kerana mudah utk menguruskn. 2. apakah proses dan keperluan? 3. Modal? 4. Cara pendaftaran? 5. apakh yg sesuai smada sdn bhd/perkongsian/milikan tunggal?






JAWAPAN:-

Salam Tuan,
Terima kasih kerana mengunjungi blog kami.Apa yang Tuan perlu lakukan ialah mendaftarkan perniagaan samada peniagaan tersebut Milikan Tunggal, Perkongsian mahupun Syarikat Sdn Bhd dengan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Di sini dinyatakan serba sedikit info berkaitan Milikan Tunggal/Perkongsian dan Syarikat Sdn Bhd:-

1.    Entiti Perniagaan (Milikan Tunggal/Perkongsian)
ü  Ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 atau Akta Perkongsian 1961.
ü  Kos penubuhan yang agak murah
ü  Harta dan Tanggungan adalah jatuh ke atas Pemilik
ü  Kadar Cukai adalah berdasarkan kadar Individu
ü  Urusan dengan pihak SSM perlu dilakukan sendiri (Pemilik) dan tidak boleh diwakilkan.
ü  Kos penyelenggaraan adalah rendah berbanding Syarikat Sdn. Bhd.
ü  Akaun Perniagaan tidak perlu diaudit

2.    Syarikat Sdn. Bhd.
ü  Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965
ü  Kos penubuhan dalam anggaran RM2,500
ü  Harta dan Tanggungan adalah terhad kepada Syarikat
ü  Kadar Cukai Syarikat bermula pada 20%
ü  Urusan dengan pihak SSM boleh dibuat melalui Setiausaha Syarikat
ü  Akaun perlu diaudit

Setiap entiti mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Ianya bergantung kepada kesesuaian dan matlamat mereka yg ingin menubuhkan dan menjalankan perniagaan.


Dari segi modal pula, tidak menjadi masalah kerana ianya bergantung kepada perniagaan yang Tuan ingin jalankan. Sekiranya Tuan ingin menjalankan perniagaan stesen minyak, maka modal yang diperlukan sememangnya besar.


Pandangan :

1) Sekiranya bermatlamat jauh dan melibatkan modal, usaha yang banyak di dalam perniagaan, maka Syarikat Sdn. Bhd. adalah yg terbaik. Kos agak tinggi berbanding Milikan Tunggal namum ianya mempunyai banyak kelebihan. Secara amnya perniagaan melalui Syarikat Sdn. Bhd. kebanyakkan ditubuhkan bagi mereka yg agak serius dan komitmen dgn perniagaan mereka.

2)  Sekiranya ingin mencuba dahulu dan tidak berapa yakin, maka Milikan Tunggal adalah terbaik. Ini kerana kos rendah dan ramai yang membuka Milikan Tunggal ini berniaga secara kecil-kecilan. Sekiranya mereka tidak berminat, mereka akan tinggalkan perniagaan ini begitu sahaja (tak renew Pendaftaran).

Semoga penerangan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu.

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...