Tuan,
Saya ada masalah ingin saya tanyakan pada tuan. Pada Mei 2012, Syarikat ABC Sdn. Bhd. hampir ditutup. Hanya tinggal seorang yang positif ingin berjuang dalam dunia perniagaan yang saya namakan dia sebagai “Ali”. 4 orang Ahli Lembaga Pengarah lain merangkap pengarah Syarikat ABC Sdn. Bhd. ingin keluar membawa haluan masing-masing. Kemudian, saya menyertai Syarikat ABC Sdn. Bhd. bersama Ali dan apabila keadaan bertambah baik, kami menambah 2 orang Ahli Lembaga Pengarah lagi yang juga pemegang saham menjadikan kami semua 4 orang. Secara ringkas, syer saya adalah sebanyak 29%.
Modal berbayar syarikat adalah RM10,000 dan sekarang telah naik kepada RM13,500. Modal RM10,000 dahulu adalah daripada bantuan sebuah syarikat mentor (XXX Sdn. Bhd.) dimana tanggungjawab untuk melunaskan adalah di atas perseorangan (pemegang saham) dan saya masih belum masuk ke dalam syarikat ini lagi pada waktu itu. Ini bermaksud, RM2,000 perlu ditangging oleh setiap orang (RM10,000/5 orang pemegang saham). Ketika saya masuk, secara automatiknya saya sebagai salah seorang pemegang saham dan ahli lembaga pengarah mengambil tanggungjawab untuk menanggung hutang tersebut (sebahagian). Sehingga kini, RM10,000 tersebut masih belum dibayar kepada Syarikat XXX Sdn. Bhd. (masih berhutang).
Masalah timbul apabila saya ingin keluar daripada Syarikat ABC Sdn. Bhd. sebagai pemegang saham sebanyak 29% kerana meyambung pelajaran ke peringkat PHD dan tidak mempunyai komitmen masa untuk syarikat. Apakah hak saya? Adakah benar hak saya adalah berjumlah RM3,915 (0.29 * RM13,500)? Dan apabila ditolak daripada hutang RM10,000 tersebut, (0.29 * RM10,000=RM2,900) menjadikan jumlah sebenar yang perlu saya dapat adalah sebanyak RM1,015 (RM3,915-RM2,900). Adakah benar pengiraan saya? Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada tuan.
Terima kasih.
JAWAPAN:-
1. MODAL SYARIKAT (ASAL)
Modal berbayar (asal) : RM10,000 (bantuan XXX Sdn. Bhd.)
Memandangkan modal berbayar (asal) Syarikat ABC Sdn. Bhd. merupakan bantuan daripada Syarikat
XXX Sdn. Bhd, maka terdapat perjanjian yang telah dibuat dimana :-
• Tanggungjawab untuk melunaskan adalah atas perseorangan (pemegang saham)
Suka untuk diingatkan bahawa pemegang saham hanya bertanggungjawab terhadap jumlah syer
yang dipegang sahaja. Setiap saham yang dipegang perlu dibayar.
2. PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI PENGARAH SYARIKAT & PEMEGANG SAHAM
Sekiranya Tuan ingin keluar daripada syarikat maka :-
• Saham yang Tuan miliki perlu dijual atau dipindahkan. Transaksi ini boleh berlaku hanya dengan
kelulusan daripada pihak Pengarah Syarikat
• Harga penjualan/pindahan saham bergantung kepada persetujuan bersam.
3. LAIN-LAIN HAK SEBAGAI PEMEGANG SAHAM
a. Hak untuk menerima dividen yang diumumkan oleh Lembaga Pengarah.
b. Hak untuk menjual dan membeli saham baru yang dikeluarkan oleh Syarikat.
c. Hak untuk berkongsi dalam hasil yang diperolehi, ketika Syarikat dibubarkan.
d. Hak untuk mengundi mengenai urusan yang mempengaruhi Syarikat secara keseluruhannya.