TAGLINE

TAGLINE

Tuesday, July 22, 2014

Pengarah Syarikat


From : 'xxx'
To : radziandco@gmail.com
Sent : Saturday, July 5, 2014 8:18 PM

Salam sejahtera En. Radzi,

Saya ingin bertanya, contoh: saya ditawarkan pekerjaan (jawatan bergaji biasa) oleh Syarikat lain tetapi pada masa yang sama masih memegang jawatan sebagai Pengarah Syarikat (ditubuhkan sendiri bersama keluarga). Apakah implikasinya kepada saya dari segi perundangn? ATAU Perlukah saya meletakkan jawatan sebagai Pengarah Syarikat?

Sekian. Terima kasih.

Kelvin

JAWAPAN :

Salam Sejahtera Mr.Kelvin,

Tidak menjadi kesalahan dari segi Akta Syarikat untuk menjawat jawatan bergaji biasa di Syarikat lain dalam masa yang sama menjadi Pengarah Syarikat yang lain. Hal ini kerana, sebagai seorang pekerja, tiada kuasa yang boleh dikaitkan dengan apa-apa jawatan atau tugasan yang mempunyai kepentingan-kepentingan yang mungkin bercanggah dengan tugas dan kepentingan sebagai Pengarah Syarikat.

Akan tetapi, individu tersebut adalah dinasihatkan untuk membuat pendedahan secara rasmi kepada Syarikat akan perkara tersebut bagi mengelakkan segala pemasalahan di masa hadapan.
Oleh itu, Tuan tidak perlu untuk meletakkan jawatan sebagai Pengarah Syarikat tersebut kerana ianya tidak memberi implikasi yang negatif kepada jawatan yang disandang.
Diharap jawapan ini dapat membantu.

Sekian, terima kasih.

Membuka Dua Perniagaan

From:"xxx"
To: radziandco@gmail.com
Sent:  Tuesday, July 1, 2014 10:43 PM
Subject: Membuka dua perniagaan

Boleh tak buka 2 syarikat dengan menggunakan satu penama ? sebagai contoh saya ada satu syarikat milikan tunggal dan saya bercadang untuk menambah satu lagi syarikat perkongsian ? sekian terima kasih.




JAWAPAN:

Waalaikumussalam Tuan,
Untuk makluman Tuan, selain daripada milikan tunggal, Tuan juga boleh menambah satu lagi perniagaan perkongsian. Hal ini demikian kerana tiada limit yang dikenakan ke atas pemohon untuk membuka perniagaan lebih daripada satu perniagaan.
Sekian, dimaklumkan.
p/s : Harap dapat membantu
Terima kasih. 


RADZI & CO.

Chartered Accountants (M)

Monday, July 14, 2014

Modal Syarikat Sdn. Bhd.


From: xxx@yahoo.co.uk
Date: 4 Julai 2014
Subject: Modal Syarikat Sdn Bhd

Salam En.Radzi…Saya xxx dari Langkawi, nak Tanya soalan tentang syarikat Sdn Bhd. Harap dapat membantu..

1.    Saya ada baca di blog Encik tentang modal Tunai dan serta setara Tunai. Saya bercadang nak buka travel agency di Langkawi. Saya sedia maklum yang modal berbayar diperlukam untuk travel agency adalah sebanyak RM 200k. Soalan saya, bolehkah RM200K tu diperolehi dari tunai dan aset lain yang mempunyai nilai. Sebagai contoh saya gunakan kereta bernilai RM70K + tunai RM 130K (pemegang saham)= RM 200k sebagai modal berbayar?

2.     Jika boleh, bagaimana pula dengan penilaian modal setara tunai (kereta RM70K) bagi tahun-tahun berikutnya disebabkan oleh susut nilai kereta tersebut? Adakah susut nilai modal setara tunai akan menpengaruhi nilai pegangan saham dalam syarikat?


Harap En. Radzi dapat membantu . TQ

Jawapan :-

Salam Tuan,
Terima Kasih kerana mengunjungi blog kami.

Berikut merupakan penjelasan kami berhubung soalan yang diajukkan:-

1.     Bolehkah RM 200K tu diperolehi dari tunai dan aset lain yang mempunyai nilai?

Boleh. Untuk makluman Tuan, modal saham Syarikat merujuk kepada jumlah wang atau aset-aset yang disumbangkan kepada Syarikat oleh ahlinya bagi peruntukkan saham. Kebiasaannya, seseorang yang ingin memjadi ahli akan menggunakan wang atau aset mereka sendiri dan menyumbangkan jumlah tersebut kepada Syarikat. Kemudian, wang atau aset –aset disumbangkan itu menjadi kepunyaan Syarikat. Sebagai balasan, ahli diperuntukkan dengan saham-saham dalam Syarikat.

2.     Bagaimana pula dengan penilaian modal setara tunai (kereta RM70K) bagi tahun-tahun berikutnya disebabkan oleh susut nilai kereta tersebut? Adakah susut nilai modal setara tunai akan menpengaruhi nilai pegangan saham dalam syarikat?

Tidak. Nilai aset seperti nilai kereta dinilaikan pada saham Syarikat dilanggan/dibayar. Nilai kereta tersebut perlu dinilai secara munasabah dan sewajarnya. Justeru, susut nilai tidak mempengaruhi pegangan saham.

Semoga membantu.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...