From:"xxx"
To: rundingsyarikat@yahoo.com
Sent: Monday, September 15, 2014
10:07 PM
Saya
tidak faham mengenai enterprise dan saya harap tuan dapat memberi nasihat
kepada perkara ini.
Saudara
saya mempunyai sebuah syarikat enterpise yang terdiri daripada 3 orang pengarah
dan syarikat ini telah mendapat tawaran untuk menguruskan tanah kerajaan bagi
tujuan pertanian. Salah seorang pengarah tersebut ingin menarik diri dan
sesiapa yang berminat dikehendaki membayar sejumlah amaun yang dipersetujui.
Persoalan saya, bagaimanakah jumlah tersebut ditentukan sedangkan sebuah
enterprise tidak mempunyai modal dan sekiranya saya berminat bagaimana proses
yang paling selamat di buat bayaran kepada pengarah tersebut. Terima kasih
JAWAPAN:
Waalaikumussalam Puan,
Untuk makluman Puan, bentuk
perniagaan yang dijalankan adalah perniagaan perkongsian dimana perniagaan ini
tertakluk di bawah Akta Perkongsian 1961. Perniagaan ini tidak mempunyai
Pengarah tetapi dimiliki oleh rakan kongsi. Bagi perniagaan perkongsian, mereka
terikat dengan surat perjanjian di antara rakan kongsi. Salah satu ciri yang
terdapat di dalam surat ikatan tersebut selain daripada kuasa dan tanggungjawab
rakan kongsi adalah sumbangan modal antara rakan-rakan kongsi mengikut nisbah
modal yang dipersetujui seperti di dalam Artikel Perkongsian. Keuntungan dan
kerugian juga diagihkan kepada rakan kongsi mengikut syarat-syarat dan nisbah
modal yang disumbangkan.
Berbalik kepada
persoalan Puan, untuk menentukan jumlah amaun yang perlu dibayar adalah
bergantung kepada perjanjian yang telah dibuat antara rakan kongsi. Ini
bermakna, berkemungkinan rakan kongsi yang ingin menarik diri daripada
perkongsian tersebut telah membayar sejumlah wang modal mengikut persetujuan
antara rakan kongsi dan mengkehendaki sesiapa yang berminat untuk membayar
sejumlah wang yang telah ditetapkan kepada beliau sebagai pembayaran balik
modal yang telah dikeluarkan.
Bagi persoalan yang
seterusnya, antara cara bagi memastikan proses bayaran selamat dijalankan
adalah dengan memperbaharui perjanjian antara rakan kongsi dengan meletakkan
nama Puan sebagai rakan kongsi yang baru dan menyatakan juga jumlah modal yang
telah disumbangkan oleh Puan. Bayaran pula perlulah dibuat melalui bank. Ini
penting kerana slip pembayaran tersebut adalah sokongan sebagai pembuktian
bahawa modal telahpun dikeluarkan daripada pihak Puan. Hal ini bagi memastikan
tiada isu atau perkara berbangkit dikemudian hari.
Sekian, dimaklumkan.
p/s : Harap dapat
membantu
Terima kasih.
RADZI & CO.
Chartered
Accountants (M)