From:"xxx"
To:radziandco@yahoo.com
Sent: 29 Nov 2014, 10:48PM
Subject: PERTANYAAN MENGENAI SYARIKAT
To:radziandco@yahoo.com
Sent: 29 Nov 2014, 10:48PM
Subject: PERTANYAAN MENGENAI SYARIKAT
Salam.
Maaf atas email pertanyaan yang bertalu-talu. Di
sini saya ingin mengemukakan beberapa soalan kerana saya kurang kefahaman.
Situasinya, suami (En. X) dan seorang lagi
partner (En. W) merupakan Pengarah Syarikat ABC Sdn. Bhd. Saya (Pn. Y) pula
merupakan salah seorang Pemegang Saham.
Harap pihak tuan dapat menjawab soalan-soalan
saya kerana saya serius ingin membuat pembayaran bagi membuang nama saya (Pn. Y)
dan suami (En. X).
1. Siapa pengarah utama/pengarah paling besar di
antara enam orang dalam Syarikat ABC Sdn. Bhd.?
2. Pengarah yang mana satu yang akan disaman jika
syarikat tidak ditutup?
3. Jika saya (Pn. Y) dan suami (En. X) memberi
shareholder kepada shareholder yg lain, adakah kami masih director walaupun
telah tiada shareholder?
4. Jika syarikat tidak ditutup, pengarah yang
manakah yang akan disaman/diambil tindakan oleh SSM?
5. Boleh ke nak buang nama saya (Pn. Y) dan suami
(En. X) terus daripada ABC Sdn. Bhd., tanpa perlu kami cari pengganti bagi
menggantikan nama kami? Supaya kami tiada sebarang kaitan lagi dengan ABC Sdn.
Bhd.
6. Boleh ke nak buang terus nama saya (Pn. Y) dan
suami (En. X) sebagai director dan segala shareholder kami ditransfer terus
kepada (En. W)?
7. Berapa kos untuk buang nama saya (Pn. Y) dan suami
(En. X) drpd shareholder dan director? Boleh tak bagi quotation?
8. Kalau kami nak jumpa dgn encik radzi, adakah
kami perlu buat appointment terlebih dahulu?
Atau saya boleh datang terus ke pejabat radzi&co tanpa membuat
sebarang appointment?
Terima kasih.
Pn XXX
JAWAPAN:
Waalaikumsalam, Puan.
Untuk makluman Puan,
1. Pengarah Syarikat ABC Sdn. Bhd. terdiri daripada dua (2) iaitu En. X dan En. W. Tiada istilah pengarah utama dalam Syarikat ini.
2. Kedua-dua Pengarah Syarikat akan di kenakan penalti/kompaun sekiranya tidak mematuhi Akta Syarikat, 1965.
3. En. X merupakan Pengarah Syarikat manakala Pn. Y merupakan Pemegang Saham dan bukannya Pengarah Syarikat. Sementara itu, En. X masih merupakan Pengarah Syarikat walaupun saham miliknya telah dipindah milik. Hal ini demikian kerana, En. X tidak meletak jawatan sebagai Pengarah Syarikat.
1. Pengarah Syarikat ABC Sdn. Bhd. terdiri daripada dua (2) iaitu En. X dan En. W. Tiada istilah pengarah utama dalam Syarikat ini.
2. Kedua-dua Pengarah Syarikat akan di kenakan penalti/kompaun sekiranya tidak mematuhi Akta Syarikat, 1965.
3. En. X merupakan Pengarah Syarikat manakala Pn. Y merupakan Pemegang Saham dan bukannya Pengarah Syarikat. Sementara itu, En. X masih merupakan Pengarah Syarikat walaupun saham miliknya telah dipindah milik. Hal ini demikian kerana, En. X tidak meletak jawatan sebagai Pengarah Syarikat.
4. Sama seperti soalan No. 2. Kedua-dua Pengarah
Syarikat akan di kenakan penalti/kompaun sekiranya tidak mematuhi Akta
Syarikat, 1965.
5. Nama Pn. Y dan En. X tidak boleh dikeluarkan
tanpa mencari Pemegang Saham yang lain baru. Sementara itu, En. X tidak boleh meletak jawatan sebagai
Pengarah Syarikat tanpa mencari pengganti. Perletakan jawatan adalah tidak sah
jika ianya menyebabkan terdapat kurang daripada dua (2) orang Pengarah Syarikat
yang bermustatutin di Malaysia [Seksyen 122(6), Akta Syarikat 1965] kecuali
jika perletakan jawatan tersebut adalah disebabkan oleh Pengarah Syarikat tersebut
tidak layak memenuhi kelayakan saham [Seksyen 122(7), Akta Syarikat 1965].
6. En. X merupakan Pengarah Syarikat manakala Pn. Y
merupakan Pemegang Saham dan bukannya Pengarah Syarikat. Pegangan saham oleh
En. X dan Pn. Y boleh dipindahkan kepada En. W. Tetapi memerlukan tandatangan
En. W sebagai persetujuan. Sebaliknya, Pengarah syarikat iaitu En. X tidak
boleh digantikan dengan En. W kerana beliau merupakan Pengarah Syarikat dan
perletakan jawatan En. X akan menjadi tidak sah kerana bilangan Pengarah akan
berkurang daripada dua (2) orang.
7. Kos untuk pemindahan Saham dan
pertukaran pengarah adalah bergantung kepada situasi.
8. Puan boleh sahaja datang ke
Firma kami pada bila-bila masa untuk berjumpa dengan pihak kami. Tetapi
sekiranya Puan ingin membuat temujanji, bolehlah berhubung dengan pihak kami
dan ini adalah yang sebaiknya.
Terima kasih.
Harap dapat membantu.
RADZI & CO.
Chartered Accountants
(M)