On
Sunday, June 7, 2015 9:25 PM, xxxx
wrote:
Soalan:
Assalamualaikum,
Maafkan saya bertanya,macam mana nak keluarkan patner dari syarikat dan menjadikannya milik tunggal?
Jawapan:
Waalaikummusalam Tuan/Puan,
Untuk makluman Tuan/Puan, Syarikat Sdn. Bhd. dan perniagaan (Enterprised) adalah dua entiti yang berbeza. Perniagaan adalah berdasarkan Akta Perniagaan 1956, manakala Syarikat adalah berdasarkan Akta Syarikat 1965.
PERNIAGAAN (ENTERPRISE)
Terdapat dua situasi bagi mengeluarkan rakan kongsi yang telah didaftarkan di bawah Perniagaan Perkongsian iaitu:
a) Perniagaan Perkongsian tidak melebihi dua orang
Pada pendapat kami, sekiranya Perniagaan Tuan/Puan didaftarkan sebagai Perniagaan Perkongsian yang tidak melebihi dua orang. Perniagaan tersebut hendaklah disifatkan seperti dibubarkan.
Oleh itu, sekiranya Tuan /Puan masih berminat untuk meneruskan perniagaan tersebut, Tuan/Puan perlu mendaftarkan Perniagaan yang baru dibawah milikan Perniagaan Milikan Tunggal.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara ini, Tuan/Puan boleh merujuk pihak SSM bahagian Registrat of Business (ROB) .
b)Perniagaan Perkongsian melebihi dua orang
Manakala,sekiranya Perniagaan tersebut didaftarkan sebagai Perniagaan Perkongsia melebihi dua orang, rakan kongsi tersebut boleh dikeluarkan dengan membuat perubahan pemilikan di kaunter Registrar of Business (ROB) dipejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
SYARIKAT SDN.BHD.
Bagi Syarikat Sdn. Bhd. pula, Pengarah tersebut boleh dikeluarkan melalui perletakan jawapan atau penyingkiran oleh Ahli Syarikat.
a)Perletakan jawatan
Perletakan jawatan Pengarah Syarikat boleh dilakukan pada bila-bila masa dan atas apa-apa alasan. Perletakan jawatan tersebut berkuatkuasa pada tarikh Lembaga Pengarah Syarikat menerima surat perletakan jawatan atau pada tarikh yang dinyatakan dalam surat atau mengikut peruntukan Artikel Syarikat.
b) Penyingkiran Pengarah
Penyingkiran Pengarah pula hanya boleh dilakukan oleh ahli Syarikat di dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (Extraordinary General Meeting EGM) sahaja.
Untuk makluman Tuan/Puan juga, berdasarkan Seksyen 122(6) dan 122(7) Akta Syarikat 1965, sekiranya bilangan Pengarah Syarikat akan menjadi kurang daripada dua orang Pengarah, perletakan jawatan tersebut adalah tidak sah kecuali jika perletakan jawatan tersebut adalah disebabkan oleh Pengarah Syarikat tersebut tidak layak memenuhi kelayakan atau menurut hal tidak layaknya dibawah Akta Syarikat atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain. Oleh itu, Syarikat perlulah melantik Pengarah baru bagi menggantikan jawatan individu tersebut sekiranya bilangan Pengarah akan berkurang dari dua orang.
Sila rujuk pihak Setiausaha Tuan/Puan atau pihak SSM bagi mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci.