Salam,
Saya
dan suami merupakan Pengarah Urusan bg sebuah Syarikat Sdn Bhd milik keluarga
yang telah ditinggalkan oleh arwah ayah saya.
Setelah
terdapat pelbagai masalah yang dihadapi dari pihak kami sendiri iaitu dari segi
menguruskan pentadbiran Syarikat dan segala hal yang berkaitannya, kami
bercadang untuk menjual atau menutup Syarikat Sdn Bhd tersebut. Tetapi,
kami tidak tahu apa yg perlu kami lakukan.
Bolehkah
saudara jelaskan bagaimana sekiranya kami ingin menjual Syarikat atau
menutup Syarikat sdn bhd? Apakah tindakan yang perlu kami lakukan? Pihak
apakah yang terlibat? Adakah pengarah lama perlu ada sekiranya Syarikat
telah dijual walaupun jumlah sahamnya sedikit? atau apa sahaja yang saudara
boleh huraikan.
xxxx
Sent
from Samsung Galaxy S III
JAWAPAN:-
Salam
Puan,
1.
PENUTUPAN SYARIKAT
Sekiranya Syarikat Puan tidak aktif, tidak
beroperasi dan tidak berupaya meneruskan perniagaan pada masa akan datang, maka
pihak Syarikat dinasihatkan untuk membuat permohonan Pembatalan Nama Syarikat
atau lebih dikenali sebagai Penutupan Syarikat di bawah Seksyen 308(1) Akta
Syarikat 1965.
Antara syarat2 yang perlu
dipatuhi adalah seperti berikut:-
a. Syarikat
itu tidak berniat untuk menjalankan perniagaan pada masa hadapan
b. Syarikat
itu tidak mempunyai aset atau harta
c. Syarikat
itu tidak mempunyai hutang yang perlu dibayar
d. Syarikat
itu bukan Syarikat penjamin atau anak Syarikat lain
e. Syarikat
itu tidak berfungsi lagi, mungkin tanpa pegawai yang boleh dihubungi
Proses penutupan Syarikat ini
kebiasaannya mengambil tempoh selama 6 hingga 12 bulan bergantung kepada
budi bicara pihak SSM. Sesebuah Syarikat yang telah dibatalkan dari Daftar
disifatkan telah dibubarkan setelah notis pembatalan nama dikeluarkan dalam
Warta Kerajaan.
Oleh
yang demikian, pihak Syarikat dan pihak Pengarah boleh memilih untuk menutup
Syarikat di bawah Seksyen ini. Pihak Puan boleh melantik pihak lain sekiranya
pihak Syarikat tidak mahu menggunakan khidmat Setiausaha Syarikat Puan.
Untuk makluman Puan, pihak yang terlibat di
dalam proses penutupan Syarikat adalah:-
a.
Pengarah
b.
Pemegang Saham
c.
Setiausaha Syarikat
d.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
2.
PENJUALAN SYARIKAT
Proses penjualan Syarikat pula kebiasaannya
bergantung kepada perbincangan di antara Syarikat Puan dengan pihak Pembeli.
Setelah pihak Pembeli bersetuju, maka Pihak Puan perlu maklumkan kepada pihak
Setiausaha Syarikat agar segala dokumen dapat disediakan.
Kesan ke atas Syarikat setelah Syarikat
dijual adalah seperti berikut:-
a.
Perubahan komposisi Pengarah
- Pengarah asal Syarikat akan
meletak jawatan & Pengarah baru dilantik
- Setelah segala dokumen
ditandatangani, maka pihak Setiausaha Syarikat Puan akan menyerahsimpan dokumen2
tersebut kepada pihak SSM untuk dikemaskini.
b.
Perubahan Pemegang Saham
- Saham yang dipegang oleh
Pemegang Saham sebelum ini (‘Transferor’) akan dipindahkan kepada Pemegang
Saham yang baru (‘Transferee’).
- Jumlah saham yang ingin
dipindahkan bergantung kepada keputusan yang dibuat oleh Pemilik Syarikat yang
baru.
- Proses pindah saham ini
dikatakan sempurna setelah pihak Syarikat membuat bayaran Duti Setem kepada
pihak LHDN.
Kesimpulannya, setelah proses penjualan Syarikat
sempurna, maka Pengarah Syarikat terdahulu tidak lagi terikat dengan Syarikat
dalam tempoh 12 bulan.
Semoga
keterangan di atas dapat membantu Puan.
Terima
kasih.