From:"xxx"
To:radziandco@yahoo.com
Sent: Mei 12, 2015 11:17 AM
Subject: AUTHORIZED CAPITAL
To:radziandco@yahoo.com
Sent: Mei 12, 2015 11:17 AM
Subject: AUTHORIZED CAPITAL
Assalamualaikum,
Semoga
En. Radzi sentiasa sihat & dibawah lindungan Allah.
Terima
kasih encik atas blog encik yang banyak membantu saya memahami penubuhan
syarikat.
Saya
bercadang patner dengan kawan saya dan dia memang merupakan seorang usahawan
& saya masih bekerja. Untuk projek ini, dia nak buka syarikat sdn. bhd &
saya sbg salah seorang director.
Soalan
saya:
1.
Kalau authorized capital RM100k, tapi saya tak mampu untuk bagi modal yang
banyak (mungkin sekitar RM10k je). Saya ad abaca boleh buat bayaran dalam
bentuk tak tunai tapi tiada penerangan lanjut. Apakah bentuk tak tunai tu?
Ssebab saya tak nak dia pegang saham banyak sangat sebab saya pun nak tentukan
dasar-dasar syarikat. Klau boleh 50-50, jadi saya nak tau caranya.
2.
Kalau dah ada pegangan saham, ini bermakna keuntungan akan dikongsi pada akhir
tahun je la kan (bukan bulan-bulan atau bila-bila masa?) Dan keuntungan
berdasarkan berapa modal yang saya bayar je la kan?
3. Director tu pemegang saham la kan? Dan bagaimana kalau saya tak bahar apa-apa modal?
3. Director tu pemegang saham la kan? Dan bagaimana kalau saya tak bahar apa-apa modal?
4. Berkenaan soalan satu, RM10,000 adalah yang saya mampu bayar buat modal, mungkin patner saya tu ada RM50,000 untuk modal berbayar. Ini bermakna dia adalah pemegang saham yang terbanyak la kan. Dan bagaimana pula boleh jadi RM40,000 sedangkan authorized capital adalah RM100,000? Dan segala perjalanan (kos dll) syarikat adalah berdasarkan modal berbayar tu kan?
Mohon
nasihat & pandangan encik,
Terima
kasih.
En XXX
JAWAPAN:
Waalaikumsalam, Tuan.
Untuk makluman pihak Tuan,
1. Modal
Dibenarkan (Authorised capital) adalah limit/had yang dibenarkan untuk Syarikat bagi menerbitkan saham. Modal Dibenarkan ini bukanlah modal yang perlu
ada, sebaliknya Modal Berbayar (Paid-up capital) adalah modal yang dilanggan
dan dibayar samaada secara tunai mahupun selain daripada tunai. Modal Berbayar
selain daripada tunai terdiri daripada kenderaan, bangunan, stok dan
sebagainya. Ianya perlu dinilai pada nilai semasa dan munasabah. Paling terbaik
adalah melalui penilaian bebas dan Professional.
Mengenai
isu yang ditanya oleh pihak Tuan, sekiranya modal yang dapat dikeluarkan adalah
berjumlah RM10,000 maka wang berkenaan merupakan Modal Berbayar bagi Syarikat
dan Modal Dibenarkan adalah berjumlah RM 400,000 (jumlah Modal Dibenarkan yang
terkini). Ahli Pemegang Saham boleh menerbitkan saham sehingga RM 400,000
sahaja.
Oleh
yang demikian, pihak Tuan boleh menerbitkan saham berjumlah RM10,000
dibahagikan mengikut persetujuan bersama. Tuan boleh membahagikan 5,000 unit
saham bagi setiap orang. Justeru itu, kuasa Pemegang Saham akan terbahagi
secara sama rata.
2. Kebiasaanya,keuntungan semasa yang diperolehi oleh Syarikat boleh diagihkan kepada Pemegang
Saham mengikut modal yang dibayar oleh mereka dalam bentuk dividen. Untuk
mengetahui jumlah dividen tersebut, Syarikat perlu menyediakan penyata kewangan
dalam tempoh setahun. Bagi Syarikat yang baru, dividen ini dikeluarkan setelah
cukai Syarikat dibayar. Sekiranya Pengarah Syarikat mendapat keuntungan pada
tahun tersebut, Pengarah boleh menjangkakan keuntungan pada tahun kewangan
berikutnya dan dividen interim boleh dikeluarkan dan diambil pada setiap bulan.
3. Pemegang
saham tidak semestinya Pengarah dan sebaliknya. Ianya merupakan entiti
berasingan. Sekiranya Tuan tidak mengeluarkan modal, maka Tuan boleh menjadi
Pengarah Syarikat sahaja. Walaubagaimanapun, sekiranya Tuan merupakan Pemegang Saham,
Tuan juga boleh menjadi Pengarah Syarikat. Pengarah Syarikat merupakan satu
jawatan. Ianya dilantik dan boleh dipecat berdasarkan Akta Syarikat 1965.
4. Mengenai isu yang ditanya oleh pihak Tuan, sekiranya modal yang dapat dikeluarkan oleh Tuan adalah berjumlah RM10,000 dan partner Tuan adalah berjumlah RM50,000 maka partner Tuan merupakan Pemegang Saham Majoriti. Sementara itu, Modal Dibenarkan (Authorised capital) yang terkini yang dikeluarkan oleh pihak SSM adalah berjumlah RM400,000 dan bukannya RM100,000.
Apabila Syarikat telah ditubuhkan, Tuan perlu memasukkan Modal Berbayar tersebut di dalam akaun bank Syarikat sebagai bukti saham tersebut telah diterbitkan dan diagihkan mengikut jumlah pegangan saham Ahli. Kemudian, Modal Berbayar ini boleh dikeluarkan bagi tujuan perbelanjaan Syarikat
4. Mengenai isu yang ditanya oleh pihak Tuan, sekiranya modal yang dapat dikeluarkan oleh Tuan adalah berjumlah RM10,000 dan partner Tuan adalah berjumlah RM50,000 maka partner Tuan merupakan Pemegang Saham Majoriti. Sementara itu, Modal Dibenarkan (Authorised capital) yang terkini yang dikeluarkan oleh pihak SSM adalah berjumlah RM400,000 dan bukannya RM100,000.
Apabila Syarikat telah ditubuhkan, Tuan perlu memasukkan Modal Berbayar tersebut di dalam akaun bank Syarikat sebagai bukti saham tersebut telah diterbitkan dan diagihkan mengikut jumlah pegangan saham Ahli. Kemudian, Modal Berbayar ini boleh dikeluarkan bagi tujuan perbelanjaan Syarikat
Nota:-
Modal
Dibenarkan
|
:
RM 400,000 (maksimum)
|
Modal
Berbayar
|
:
RM 2 (minimum)
RM 400,000 (maksimum)
|
Modal Berbayar yang
minimum adalah RM2 dan maksimum adalah RM400,000. Setiap Syarikat diberi
pilihan untuk menerbitkan Modal Saham Berbayar mengikut pilihan masing-masing. Syarikat
boleh menerbitkan sebanyak mana yang diinginkan tetapi tidak boleh melebihi
RM400,000 daripada had yang dibenarkan.
Terima kasih.
Harap dapat membantu.
RADZI & CO.
Chartered Accountants
(M)