TAGLINE

TAGLINE

Thursday, February 23, 2017

PERUNTUKAN RM800 JUTA KEMBANG PERNIAGAAN PERINGKAT GLOBAL



JELAPANG - Amanah Investment Bank Berhad (MIDF Investment) memperuntukkan sekitar RM800 juta kepada 770 syarikat di Perak bertujuan membantu sekali gus mengembangkan perniagaan yang dijalankan ke peringkat global.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Chua Tee Yong berkata, selain bantuan melalui dana, MIDF turut menyediakan pelbagai bentuk khidmat nasihat bagi membolehkan sesebuah syarikat itu menjadi lebih kompetitif dan mampu bersaing dengan syarikat antarabangsa.

"Sejak 1960, MIDF telah menyediakan bimbingan dan pelbagai bentuk pinjaman kepada banyak syarikat untuk membantu mereka terus berkembang dan mencapai matlamat yang ditetapkan.

"Bagaimanapun, setakat ini masih terdapat syarikat yang tidak mengetahui peranan dan peluang yang disediakan oleh agensi dibawah Miti seperti contoh bahagian eksport boleh merujuk Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan kewangan melalui MIDF,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melakukan lawatan kerja di Chek Hup Sdn Bhd, di sini, hari ini.

Menurutnya, pada tahun ini MIDF telah menyediakan sekitar RM625 juta kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk meluaskan pasaran produk mereka ke luar.

SUMBER : SINAR HARIAN
TARIKH ; 20 FEBRUARI 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...