TAGLINE

TAGLINE

Tuesday, February 12, 2013

Berhati-hati Dengan Pelaburan Tidak Sah

EN MOHD NAIM DARUWISH
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

1. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ingin merujuk kepada siaran media elektronik dan cetak berhubung isu sindiket penipuan skim pelaburan beras anjuran seorang lelaki tempatan di Kuching, Sarawak sejak dua bulan lalu yang tersiar hari ini.

2. SSM menasihatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati sebelum menyertai sebarang skim pelaburan yang menjanjikan kadar pulangan yang tinggi dalam tempoh masa yang singkat.

3. SSM memandang serius tentang perkara ini dan sekali lagi ingin mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya apabila ditawarkan untuk melabur dalam skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi bagi mengelakkan ditipu dan mengalami kerugian. Sekiranya pelaburan tersebut tersebut bersifat skim kepentingan, pastikan skim tersebut didaftar dan diluluskan oleh SSM.

4. Sekiranya skim tersebut mempunyai ciri-ciri atau unsur skim kepentingan yang ditadbir oleh SSM, orang ramai boleh membuat semakan atau mendapatkan maklumat lanjut mengenainya bagi memastikan skim tersebut didaftar dan diluluskan oleh SSM sama ada datang secara peribadi ke pejabat SSM yang berdekatan, menghubungi talian Hotline 03-2299 5500 atau melalui e-mel enquiry@ssm.com.my  atau mengunjungi laman web www.ssm.com.my.

DIKELUARKAN OLEH : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
TARIKH : 18 DISEMBER 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...